ALBUM PROKID NOV09

Sunday, January 3, 2010

PROKID AKAN KEMBALI!

Assalamualaikum w.b.t kepada semua yang singgah di blog SMC.

Alhamdulillah kita semua telah melangkah ke tahun baru 2010. Pastinya semua orang, semua insan, tanpa mengira tua, muda, remaja, baik lelaki telah memikirkan azam baru dan menetapkan azam baru. Semuanya berbeza. Walau apapun azam yang difikirkan, yang pasti semuanya mahukan yang terbaik dan mahu menjadi lebih baik bebanding tahun-tahun yang telah berlalu. Apa yang lebih penting & ingatan untuk semua termasuk warga SMC juga ialah, azam yang dipasak bukan sekadar azam yang dibayangi difikiran semata-mata, azam mestilah disusuli dengan tindakan yang selari dengan matlamat dan prinsip.

Pada tahun ini, SMC juga berazam untuk merancang dan melaksanakan perancangan dengan baik dan sempurna. Akan datang, SMC merancang untuk mengadakan Program Khemah Ibadat siri 1 tahun 2010 pada pertengahan bulan MAC.

Alhamdulillah, masih ramai ibu bapa yang prihatin dan begitu mementingkan pendidikan anak-anak terutama dalam pembentukan sahsiah anak-anak dengan penerapan nilai-nilai agama dan menanam asas-asas Islam di dalam jiwa mereka. Selepas PROKID yang diadakan november lepas, banyak panggilan yang SMC terima daripada ibu bapa yang tidak berpeluang menghantar anak mereka ke PROKID 2009 bertanyakan tentang program akan datang, bila dan dimana.

Sukacita dimaklumkan, insyaAllah dalam perancangan SMC, SMC mahu jadikan PROKID sebagai program tahunan SMC. Doakan SMC diberi kekuatan dan istiqamah dalam melaksanakan program-program ke arah pembentukan jati diri muslim yang unggul.

Sekian wassalam.

Soul Motivation Centre (Pusat Motivasi Jiwa)
We Support, Motivate, and Create.