ALBUM PROKID NOV09

Monday, December 7, 2009

Aluan SMC

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana memberi kekuatan kepada kami untuk merancang dan menganjurkan program-program berbentuk ibadat dan kerohanian.

Faktor utama kecemerlangan setiap insan adalah pendidikan. Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan kepada anak-anak mereka dengan sebaiknya.


Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan samada mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”.


Zaman ini, anak-anak berhadapan dengan pelbagai cabaran yang amat besar. Serangan pemikiran adalah salah satu serangan yang amat berkesan dalam memesongkan anak-anak daripada jalan sebenar yang sepatutnya mereka pegang iaitu jalan ISLAM.

Di usia kanak-kanak mereka ada ibu bapa untuk mendidik. Di sekolah mereka ada guru-guru yang menunjuk ajar. Berpindah ke alam mahasiswa mereka ada pensyarah untuk membimbing. Bagaimana pula apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan? Bagaimana pula apabila mereka yang memimpin negara? Pastinya, mereka tidak akan terbimbing melainkan apabila mereka ada pegangan ISLAM. Tanpa bimbingan agama mereka pasti akan rosak, masyarakat akan rosak, bahkan negara juga akan rosak.

ISLAM adalah jalan penyelesaian terbaik yang memandu manusia kepada kebaikan bukan kerosakan. Jika anak-anak ditanam dengan kefahaman ISLAM mereka pasti akan dapat memberi manfaat kepada orang lain walau di mana mereka berada.

Justeru itu, kami mencuba sedaya upaya kami meransang mereka untuk mempelajari ISLAM, membina jati diri mereka dengan asas-asas ISLAM, dan mengukuhkan kefahaman mereka dengan amalan dan praktikal melalui modul-modul dan latihan yang telah dan akan kami jalankan.

Semoga dengan adanya program-program sebegini, kita dapat melahirkan individu-individu yang unggul sahsiahnya, kukuh jati dirinya dan jelas matlamatnya. insyaAllah, dengan menerapkan nilai-nilai seperti ini mereka pasti akan cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Allahu A’lam.

"Ayuh Bersama Membina Keunggulan Jati Diri Anak-anak
Harapan Agama, Bangsa, & Negara"

Sunday, December 6, 2009

PROTACS sedang dijalankan